Thursday, 27 December 2012

Petua Untuk Kecantikan Kulit

Hai,..assalamualaikum..
Hari ni saya nk bagi petua sikit.Semua wanita ingin cantik kan?sama juga seperti saya.Bagi wanita,kecantikan itu adalah sebahagian dari dirinya sendiri.Disebabkan itu,kita berasa sedikit yakin untuk menghadapi orang ramai.Lainlah klau lelaki x kisah sangat nk jaga penampilan mcm kita. :) SO..tanpa melengah lagy,Ini dia!!!!!petuanya :-


JINTAN HITAM ,HALIA,SEDIKIT GARAM

Bahan - bahan ini bertujuan untuk membuang sisa kulit mati selain melembutkan dan mencerahkan kulit

Caranya  : Gosok perlahan di tapak tangan.Kemudian sapu lembut pada kulit.Biar selama
                15 minit.Bilas dengan air bersih.Lakukan 3 kali seminggu

\
\
\AIR CUCIAN BERAS 
Air cucian beras boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah selain digunakan untuk mandi bagi mendapatkan kulit yang cerah
Caranya  : Ambil cucian beras yang ketiga (untuk memastikan bersih daripada kotoran ) Kemudian basuh
                wajah dengan urutan yang betul.Lakukan pada setiap hari


KULIT KAYU MANIS 

Boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam di wajah serta bekas luka pada kulit


Caranya  : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat kemudian masukkan sedikit air.Kemudian sapukan pada bintik hitam.Biarkan selama 10 minit.Bilas dengan air bersih .Amalkan selalu.


KUNYIT HIDUP

Kunyit mengandungi antiseptik secara semulajadi.Ia boleh mengatasi masalah jerawat dan gatal-gatal pada kulit


Caranya : Tumbuk kunyit sehingga lumat dan sapukan ia pada jerawat atau kulit yang gatal.Lakukan               
               berulang kali


GULA

Gula bukan sahaja ditambahkan dalam makanan atau minuman sebagai pemanis.Gula juga boleh digunkan untuk mencerahkan kulit

Caranya : Ambil sesudu gula dan campurkan dengan pencuci muka yang anda gunakan.Cuci wajah dengan campuran tersebut kemudian biarkan selama 10 minit dan urut muka dengan lembut.Lalukan 1 kali seminggu
sehingga nampak perubahan.



Itu sahaja petua untuk hari ni..Saya harap petua  ini berguna untuk anda semua.Selamat mencuba :)





        

2 comments:

  1. 0key...balik rumah time cuti semester ni buat kat muka adik dulu. kalau jadi baru tepek kat muka sndiri.hehee...
    tips nak gemukkan badan xde ke? :p

    ReplyDelete
  2. eh?nk gemukkan badan?mana ada..orang semua nk kurus la :)

    ReplyDelete