Friday, 7 June 2013

KEBAIKAN BERTUDUNG LABUH :D



Hai assalamualaikum,hari ni saya nak post tentang kebaikan bertudung labuh..
Kebanyakan remaja kita suka mengikuti fesyen.Tetapi cara pemakaian zaman sekarang tidak elok diikuti oleh remaja kerana terlalu menjolok mata.
Siapa kata perempuan bertudung labuh tak boleh berfesyen?boleh tau!malah lagi cantik :)

kelebihan lain bertudung labuh ialah:

 1)Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

2) Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).


3)Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.
4) Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.KAN?KAN? :)
5) Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

6)Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik

7)Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya.



8)
mendekatkan jodoh dengan lelaki soleh 
memang tak dinafikan,lelaki baik hanya untuk wanita yang baik.aku juga ada terbaca kisah seorang wanita yang pada mulanya bertudung labuh,namun akhirnya tidak lagi bertudung labuh kerana takut dirinya tidak dipinang,yelah,baginya lelaki tidak pandang perempuan yang bertudung labuh.errmm,tapi bagi pendapat aku,dengan bertudung labuh la kita dapat memikat hati lelaki yang beriman dan soleh.lelaki lebih gemar memilih perempuan bertudung labuh kerana dia jamin,masih ada sifat malu di dalam diri wanita itu=)



Sunday, 24 February 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh



6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air
 yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki
 lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat
mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia
akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjad
i lebih lembut dan halus.

Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi
lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian
 tanpa rasa letih.

Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif
 apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon
testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini
merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda.
 Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit
 anda akan pulih.

Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama
 berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk
anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam
tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti
 dengan sebarang penyakit.

Perkara Yang Membahayakan Kesihatan


Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan
 kepada kesihatan dalam jangka masa panjang: 

1. Terlalu lama berdiri:
  • Merosakkan tulang.
  • Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  • Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
  • Merosakkan lipatan daging.
  • Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  • Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
  • Merosakkan urat.
  • Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak
     menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
  • Merosakkan darah.
  • Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
  • Merosakkan tenaga.
  • Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  • Selalu berangan-angan.
  • Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  • Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
  • Merosakkan usus
  • Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah
  • Merosakkan hati.
  • Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
  • Merosakkan limpa
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Haid tidak menentu
  • Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  • Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
  • Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
  • Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
  • Merosakkan ginjal.
  • Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing
    manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
  • Merosakkan pundi hempedu.
  • Gejala pening kepala kerap dialami.
  • Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang
     terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
  • Merosakkan pencernaan.
  • Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  • Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan
     yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais
  • Merosakkan otot dan lambung.
  • Badan dan payudara menjadi lembik.
  • Berat badan meningkat.
  • Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai
     khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa
    lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Saturday, 23 February 2013

Blik Tidur Multimedia




Sebelum kami telah melihat banyak tempat tidur rumah atau
 furniture tidur sekarang saatnya untuk menunjukkan perabotan modern.
Berikut adalah tempat tidur HiCan terbaru yang datang dengan banyak
media hiburan yang dapat membuat Anda malas untuk bangun.
Ini memiliki tempat tidur berbentuk kotak itu juga dilengkapi dengan
 projektor dengan resolusi HD. Kamar yang nyaman dilengkapi dengan
 design yang unik tampaknya sangat elegan dan benar-benar santai.


Layar dapat digulung bila tidak digunakan. Tentu saja, itu juga
dilengkapi dengan sound system top. Aku suka untuk memilih
furnitur yang elegan untuk rumah saya sekarang ini tempat tidur
 HiCan terbaru adalah mengagumkan.
Hal ini juga akan ditambahkan ke otomatisasi rumah berarti Anda
 dapat menyesuaikan semua peralatan elektronik. Secara
 keseluruhan itu gaya modern dan kenyamanan melambangkan
 desain tempat tidur berbentuk kotak keren. Besar, tentu
 ideal bagi siapa pun. Tetapi untuk memiliki tidur
 mengesankan Anda harus memiliki wang sekitar US $ 60.000.

 Apakah Anda ingin membelinya?








Monday, 18 February 2013

RUMAH HIJAU DI AUSTRIA YANG MENARIK HATI


Bagi anda yang mendambakan rumah yang ramah lingkungan rumah yang satu ini boleh dijadikan pilihan. rumah yang

 di rancang oleh  arkitek Austria ini memiliki bentuk yang unik yaitu pada bebera bagian rumah ini tampak seperti melayang dan dengan rumput yang ada di seluruh tembok membuat rumah terkesan lebih hidup.Kalaulah,dapat rumah macam
 memang tak nak keluar rumahlah jawabnya XD










Lelaki Yang Mulia Memberikan Kasutnya Wepada Wanita Tua Ini


Mulia Sekali,Lelaki Ini Berikan Sandalnya Ke Wanita Tua

Lelaki asal Korea Selatan bernama Choi Dae Ho yang tengah berkunjung ke
Singapura kini tengah menjadi buah bibir di masyarakat setelah
 perbuatan mulianya.




Kamera seorang warga mengabadikan dia ketika memberikan
 sandalnya sendiri kepada seorang perempuan tua yang tak beralas kaki di
 dalam bus kota. Meski merupakan pelatih taekwondo yang menggenggam
 tali pinggang hitam, bukan bererti Choi bersosok keras.
Kelembutan hatinya terlihat dari ketulusannya.

 
"Mungkin itu hanyalah hal kecil. Namun secara peribadi, jika saya
tidak melakukannya, saya akan menyesalinya seumur hidup," ungkapnya.


Choi menceritakan, ketika itu dia sedang dalam perjalanan
 pulang dari Pulau Sentosa dan berada di dalam bus,kemudian
 melihat perempuan tua itu. Semula perempuan itu menolak untuk
menerima sandalnya. Namun, ketulusan Choi yang sampai berlutut meluluhkan
hati perempuan itu. Wanita tersebut menitIskan air matanya, terharu dengan
 pemberian sandal itu.


Lelaki yang berasal dari Incheon itu mengatakan, ada peranan taekwondo dalam
hidupnya. "Taekwondo bukan sekadar bela diri, melainkan
 juga pembentukan karakter dan bagaimana menjadi manusia yang lebih baik
 dalam menjalani hidup."


Choi harus berjalan tanpa alas kaki ke apartmentnya dan bahkan
 saat ini masih meminjam sandal temannya. Namun, dia tidak cemas.
 Federasi Taekwondo Singapura (STF) dan sejumlah individu menawarkan apa
 yang mereka sebut sebagai "bonus". 
STF akan memberikan sepasang kasut
 baru Adidas kepadanya.


Jason Tan, warga yang berada di bus, menceritakan betapa terkejutnya
dia ketika melihat peristiwa itu. "Sangat sulit untuk melihat spontan seperti
itu terjadi di sekitar kita."


Dibanjiri pujian, Choi malah terkejut kerana dia menilai, tindakannya itu
 hanya hal biasa dan kecil. Namun Choi menambahkan, dirinya berharap
 perbuatannyadapat membantu menciptakan komuniti yang lebih erat dan
 saling membantu.

Wednesday, 13 February 2013

Pejabat - Pejabat Terunik Di Dunia


Beberapa perusahaan besar di bidang teknologi seperti Twitter, Google atau Blizzard dikenal suka memanjakan karyawan dengan desain pejabat yang menawan. Tidak seperti kantor pada umumnya.
Malah desainnya mirip dengan ruang rekreasi dengan warna warna mencolok. Barangkali untuk membuat karyawan nyaman dan lebih produktif dalam pekerjaannya. Dilansir didunia.net

Twitter

Sebagai situs mikroblogging yang tengah naik daun, Twitter punya cara tersendiri untuk memanjakan pegawai. Antara lain dengan desain pejabat  yang rileks dan menyenangkan. Tengok saja suasana pejabat Twitter yang berlokasi di San Francisco California ini.
Pernak-pernik Twitter terasa di mana-mana. Lambang burung dalam berbagai bentuk menghiasi sebagian ruangan di kantor Twitter. Ruang kerjanya pun tampak santai dihiasi dengan tanaman.

Blizzard

Suasana cozy langsung terasa di pejabat milik Blizzard di Irvine, California ini. Di sinilah para kreator game tenar semacam WarCraft, StarCraft, dan Diablo bekerja. Suasana yang menyenangkan tentu diperlukan agar game edisi selanjutnya makin hebat.
Ini adalah salah satu ruang meeting di pejabat  Blizzard. Tampak pemandangan luar pejabat yang menghijau. Para karyawan pun boleh menyegarkan diri di luar ruangan jika penat bekerja.

Groupon

Groupon yang didirikan tahun 2008 menawarkan berbagai jenis diskon. Website ini pun cepat populer dan menuai pendapatan besar. Untuk menjaga karyawan tetap betah, mereka memberi fasilitas kantor yang fun. Seperti tampak di foto di atas.
Para karyawan dapat mengenakan pakaian kerja kesukaannya asalkan masih dalam taraf kepantasan. Tampak dalam foto para pegawai Groupon bekerja dengan serius tapi santai.

Dropbox

Dropbox saat ini menjadi salah satu start up paling sukses. Perusahaan yang dikenal dengan layanan cloud storage ini didirikan pada tahun 2007. Mereka punya pejabat dengan desain layaknya rumah sendiri.
Bahkan di ruang kerja Dropbox pun juga disediakan fasiliti untuk rileks. Seperti misalnya meja pingpong yang sedang dipakai ini. Tampak di latar belakang karyawan yang lain sibuk bekerja.

Google

Pejabat Google dikenal selalu mengedepankan suasana yang fun. Penuh dengan warna-warni cerah dan desain tidak lazim. Seperti tampak dalam foto di atas. Sangat menarik bukan?
Di sini, karyawan Google dapat bersantai. Antara lain dengan mengadu kebolehan skill masing-masing di meja billiard. Jadi tidak perlu repot-repot pergi ke tempat persewaan biliard.

Autodesk

Autodesk memproduksi berbagai macam software arkitektur, manufaktur ataupun konstruksi. Meski produk mereka berkesan ‘serius’, ternyata kantor mereka kebalikannya. Lihat saja foto di atas.
Tampak beberapa pegawai berbual di ruang meeting dengan suasana santai. Di luar ruangan tersebut, tersedia meja dan kerusi nan luas untuk beristirahat sekadar melepas lelah.

Skype

Pejabat Skype di kota London ini memancarkan suasana nan nyaman. Penuh dengan warna-warna mencolok dan perabotan seperti di rumah sendiri. Tampaknya, para karyawan tidak akan merasa sedang bekerja di sana.
Sofa-sofa berukuran besar tampak di salah satu sudut ruangan kantor Skype. Vendor yang belum lama ini diakuisisi oleh Microsoft itu tampaknya tahu cara menyenangkan para karyawan.

Mozilla

Pejabat Mozilla tidak kalah cozy dari pejabat perusahaan teknologi yang lain. Perusahaan yang dikenal dengan browser Firefox-nya ini juga menyediakan ruang  yang asyik sebagai tempat para teknisinya mengembangkan browser canggih.
Beginilah gaya beberapa pegawai Mozilla ketika sedang bekerja. Mereka disediakan meja kerja yang cukup luas dan tentu saja komputer dengan spesifikasi handal.

Adobe

Adobe baru saja mendirikan sebuah pejabat  baru di Waltham, Massachusetts. Perusahaan yang dikenal dengan produk Photoshop tersebut sengaja mendesain pejabat non formal. Seperti terlihat di atas.
http://www.didunia.net/
Beginilah suasana salah satu ruang kerja di pejabat Adobe. Memeprlihatkan kesan serius tapi tetap santai.


Read more: http://www.borakkosong.com/2013/02/pejabat-pejabat-terunik-di-dunia.html#ixzz2KmsLvNmj

Wednesday, 30 January 2013

Kematian Siti Hajar Bin Ahmad Sabir


Kematian Siti Hajar memberikan impak yang sangat besar kepada keluarga dan sahabat handai. Marilah kita bersama-sama menjadikan kisah pemergian beliau sebagai renungan dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allayahamah Siti Hajar.

Semoga kita semua bermuhasabah dan beringat bahawa kematian itu tidak mengenal batas usia. Maha suci Engkau ya Allah tuhan segala makhluk.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (al-fatihah).

Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini.

Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je. Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum. Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.

Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad) Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata

“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis) Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?

Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :  
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU orkid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tebukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tebukan dilakukan di perut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Tergenang air mata baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mendapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah :( Semoga peroleh sesuatu daripada kisah ini..

Thursday, 24 January 2013

KEINDAHAN TAMAN HITACHI



Taman Hitachi terletak di negara matahari terbit,Jepun.Beribu pelancong tidak melepaskan  untuk melihat   keindahan Taman hitachi di daerah ibaraki,Jepun.Maksud Hitachi ialah 'subuh'.Terdapat banyak jenis bunga yang ditanam antara bunga yg terkenal seperti Baby Blues Eyes dalam bahasa jepang pula ialah Nemophila Menzie,Taman ini seluas 153,2 hektar (besarnya !!!!!0_0 ). Terdapat 170 spesis bunga yang ditanam antaranya bunga tulip,zimia,kochia,kosmos dan lain-lain.Antara bunga yang terdapat di Taman Hitachi :-




Lawa kan?teringin sangat nak pergi Taman Hitachi ni.Rasa kalau boleh benda paling pertama sekali nak buat bila dah sampai ialah bergolek - golek macam cerita hindustan XD.Pelancong lain tengok pun pelik :)





Ni pun cantik jugak.Kalau buat photoshoot for pengantin ni best jugak kan?dengan pemandangan yang indah     memang tak akan lupa lah kenangan kat situ.Tapi kenalah cari suami yang kaya baru la dapat photoshoot kat situ >_<. Disebabkan line kat rumah ni berapa nak baik,terpaksa lah berhenti kat sini saja.semoga kita berjumpa lagy ^_^




Wednesday, 23 January 2013

Kebaikan Buah Untuk Kesihatan

Setiap buah mempunyai sifat yang tersendiri.Buah juga mempunyai perbezaan dari  segi bentuk,rasa dan warna.Ramai orang lebih menyukai buah daripada sayur-sayuran.Ini kerana buah mempunyai rasa yang berbeza menyebabkan mereka tidak jemu memakannya.Buah juga sering dibuat jus bagi mereka yang
mengemari jus buah.Buah mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri kita sendiri.Antara buah yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan ialah :-




ACAI
Makanan luar biasa dari Amazon.Kaya dengan    antioksidan, asid amino,fitonutrien,mineral surih dan vitamin




ANGGUR MERAH
Anggur merah tumbuh secara semula jadi di kawasan Mediterranean dan Asia Tenggara .Pofinel yg terdapat dalam anggur merah ini mempunyai reseveraltrol,quercetin dan saponin




ANGGUR PUTIH
Anggur putih juga tumbuh di Mediterranean  dan  Asia  Tengah .Jus anggur putih ini tidak mempunyai sorbitol dan ia menjadi mudah dihadamkan.Ia juga memamg baik untuk kesihatan.
ANGGUR UNGU
Anggur ungu juga tumbuh di kawasan yg sama seperti anggur putih dan merah.Anggur ungu mengandungi antioksidan yg bernama flavainoid,serta resveratrol
CERI
Ceri tumbuh di merata-rata tempat di dunia .Ceri mengandungi antioksidan yg  sangat baik untuk tubuh

EPAL
Epal berasal di Asia Tengah dan boleh ditemui di merata-rata dunia .Epal juga kaya  dengan serabut  dan nutrien  bernilai,termasuk vitamin C dan kompaun antioksidan.

KIWI
Buah ini berasal dari New Zealand ,buah kiwi adalah sumber vitamin  C  yang kaya .Ia mengandungi  kalium ,vitamin A dan E,flavanoid antioksidan dan nutrien lain.
LAICI
Laici tumbuh dengan banyak di China  dan Vietnam  tetapi  boleh   juga  ditemui  di India.Buah  ini  kaya   dengan vitamin C dan kalium


Okaylah sampai di sini saja..Kalau ada masa
kita sambung lagy :)